PENTADBIR tunggal nama domain peringkat negara, MYNIC memperkenalkan alamat laman web Malaysia yang berakhir dengan ‘.my’ iaitu singkatan yang mewakili negara Malaysia.
Pembukaan tawaran umum pendaftaran nama domain itu bermula pada Mac 2008.
Pengarah MYNIC Berhad, Shariya Haniz Zulkifli, berkata nama domain peringkat kedua (2LD) yang diperkenalkan ini tidak tertakluk kepada mana-mana kategori seperti .org.my atau net.my .
“Nama domain peringkat kedua ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan identiti Internet yang tersendiri. Nama domain yang ringkas dan mudah diingati bersama singkatan .my menyerlahkan identiti unik Malaysia kepada komuniti global Internet.
"Internet kini menjadi tumpuan utama masyarakat di Malaysia. Oleh itu, penggunaan identiti Internet menjadi fungsi penjenamaan atau 'online branding' untuk pelaburan jangka masa panjang", katanya lagi.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata pendaftar nama domain .my berpeluang membawa jenama dan identiti Malaysia ke pasaran dunia.
"Pencarian di Internet mengenai sejarah, ekonomi, produk serta perkhidmatan negara di Malaysia akan menjadi lebih mudah dan cepat dengan menggunakan singkatan .my yang tidak berkategori.
"Malaysia berjaya menyertai negara lain di rantau Asia Pasifik yang turut mempunyai nama domain peringkat kedua ini. Kejayaan ini meletakkan negara setara dengan kemajuan teknologi di rantau itu", katanya.
Permohonan nama domain .my ini dikendalikan oleh agen rasmi MYNIC. Caj perkhidmatan dikenakan sebanyak RM120 setahun. Maklumat lanjut boleh dilayari di www.mynic.net.my
Menurut statistik yang baru diterima, pendaftaran domain peringkat kedua meningkat 10,000. Sembilan puluh peratus daripadanya adalah organisasi dan korporat manakala 10 peratus lagi milik individu.
Organisasi yang mendaftar domain peringkat kedua, antaranya, maybank.my, petronas.my, microsoft.my dan nokia.my .
please support our new blogshop TRULYNA
12 years ago
No comments:
Post a Comment